Friday, July 30, 2010

PROJECT 2C : THE MASK

Hahahahaha......
project baru sudah tiba.... kali ini kami diminta untuk mencipta 2 topeng.....
topeng pertama mesti la serupa dengan muka dan warna muka kami.....
manakala topeng kedua kami bertemakan emotion dan warnanya mesti la hitam putih....
pada mulanya terkejut juagak la saya dan kawan-kawan..... ye la dulu-dulu je buat topeng ni....
jadi selepas kelas tamat kami terus mencari barang-barang di Tesco Extra....
selepas selesai membeli barang bermula la kerja kami....
kami menggunakan kertas surat khabar terpakai....
proses membuat topeng memang penat tapi seronok...
selepas selesai topeng pertama, tiba masa kami membuat topeng kedua yang bertemakan emotion...pelbagai emosi kami cipta...
ada yang sedih, terkejut, ganas, dan blur2....
hahahahaha......
berikut adalah beberapa gambar kami.....



Membantu kawan......





Tibanye giliran saya.....


Tepung yang digunakan sebagai gam....






Peralatan lain......









Proses menyiapkan topeng.....















PRODUK-PRODUK YANG ADA........

Thursday, July 29, 2010

Project 2B : Man made structure

Tidak selesai pasal buluh lagi.....
kali ini kami diminta untuk membuat satu alat muzik daripada buluh yang kami cari....
yang merumitkan keadaan adalah pada minggu ini itu juga kami mempunyai minggu suai kenal GETTHO bersama-sama senior-senior......
jadi terpaksa la kami berjaga malam untuk menyiapkan projek kami ini.....
pada malam penutup GETTHO kami diminta mengadakan persembahan menggunakan buluh tersebut....
jadi saya dan rakan-rakan bersemangat menyiapkannya..........



Jadi kami ada membuat rakaman semula show kami...........



BAMBOO SENSE


Kali ini kami bukan diberi assingment tapi tugasan di mana kami dipertontonkan beberapa gambar bekas dari pelbagai arah....
Kemudian kami diberi arahan untuk menulis apa yang kami lihat, bau dan dengar daripada gamabr itu oleh Mr.Rusly........
hanaya 1 perkataan sahaja yang dibenarkan....

PROJECT 2A- NATURAL STRUCTURE ; BAMBOO

Assingment kali ini berdasarkan alam sekitar dan ianya tertumpu pada buluh.....
Kami di minta untuk masuk ke dalam hutan untuk mencari buluh.....
Selepas menemui buluh itu, kami di minta untuk melukis 6 lukisan buluh dan menghasilkan sebuah cerita berdasarkan lukisan kami itu......
5 lukisan dalam bentuk hitam & putih dan yang terakhir berwarna....
Kami diminta bergerak dalam kumpulan dan 1 kumpulan mempunyai 6 orang ahli.....
Kumpulan kami adalah yang paling susah untuk mencari buluh....
kami terpaksa ke tempat yang tinggi berbanding kumpulan kami.....
Malah ada kawan kami yang dikejar oleh anjing.....
pelbagai dugaan yang kami tempuh dan akhirnya jumpa juga pohon buluh lalu menyiapkan kerja kami

Tuesday, July 13, 2010

What I heard?

Pada 12/7/2010 bermulanya kelas studio pertama saya sebagai pelajar tahun 1 HBP. Oleh kerana kelas itu merupakan kelas pertama, jadi satu taklimat tentang studio telah diberikan oleh Encik Wan Baharuddin (WanB). Encik WanB telah menerangkan tujuan studio iaitu untuk mengupayakan pelajar APEX USM dalam masa 14 minggu,membina dan menghalusi kemahiran yang akan kami gunakan dalam pembangunan alam bina.Encik WanB juga ada menerangkan bahawa studio ini membimbing kami untuk mendapatkan kemahiran mendokumentasi, berkomunikasi, mereka bentuk, membina dan mengabdikan diri untuk kesejahteraan manusia, ekosistem dan persekitaran akan dibuat transdisiplin untuk membuat lompatan ke 2012. Selepas itu, beliau memperkenalkan beberapa studiomaster yang berada di E48B. Antaranya ialah Dr.Mazran Ismail,Dr.Sri.Said,Dr.Mohd.Zailan Sulieman,Dr.Mohd Najib dan Dr. Mohd.Hanizul Hanafi. Disamping itu, En.WanB menerangkan bahawa untuk menghasilkan produk yang bagus mesti mempunyai niat yang kuat kemudian diiringi dengan tindakan. Niat itu pulak bergantung pada pelajar atau diri sendiri. Tindakan yang diambil mesti berpandukan undang-undang dan tempat. Seperti contoh yang telah diberikan oleh En.WanB jiikalau dalam FIFA orang yang terlibat adalah pemain bola, undang-undang FIFA dan tempatnya di stadium. Jadi baru dapat produk yang lumayan. Sistem ini dinamakan sistem 3P(people,place,principle) dan sistem ini merupakan asas APEX universiti. Jadi itu yang saya dengar sepanjang 9am- 11am













Antara studio master yg dikenalkan....:



EN.WAN BAHARUDDIN

DR. ZAINAL

DR.NAJIB DR HANAFI