Tuesday, July 13, 2010

What I heard?

Pada 12/7/2010 bermulanya kelas studio pertama saya sebagai pelajar tahun 1 HBP. Oleh kerana kelas itu merupakan kelas pertama, jadi satu taklimat tentang studio telah diberikan oleh Encik Wan Baharuddin (WanB). Encik WanB telah menerangkan tujuan studio iaitu untuk mengupayakan pelajar APEX USM dalam masa 14 minggu,membina dan menghalusi kemahiran yang akan kami gunakan dalam pembangunan alam bina.Encik WanB juga ada menerangkan bahawa studio ini membimbing kami untuk mendapatkan kemahiran mendokumentasi, berkomunikasi, mereka bentuk, membina dan mengabdikan diri untuk kesejahteraan manusia, ekosistem dan persekitaran akan dibuat transdisiplin untuk membuat lompatan ke 2012. Selepas itu, beliau memperkenalkan beberapa studiomaster yang berada di E48B. Antaranya ialah Dr.Mazran Ismail,Dr.Sri.Said,Dr.Mohd.Zailan Sulieman,Dr.Mohd Najib dan Dr. Mohd.Hanizul Hanafi. Disamping itu, En.WanB menerangkan bahawa untuk menghasilkan produk yang bagus mesti mempunyai niat yang kuat kemudian diiringi dengan tindakan. Niat itu pulak bergantung pada pelajar atau diri sendiri. Tindakan yang diambil mesti berpandukan undang-undang dan tempat. Seperti contoh yang telah diberikan oleh En.WanB jiikalau dalam FIFA orang yang terlibat adalah pemain bola, undang-undang FIFA dan tempatnya di stadium. Jadi baru dapat produk yang lumayan. Sistem ini dinamakan sistem 3P(people,place,principle) dan sistem ini merupakan asas APEX universiti. Jadi itu yang saya dengar sepanjang 9am- 11am













Antara studio master yg dikenalkan....:



EN.WAN BAHARUDDIN

DR. ZAINAL

DR.NAJIB DR HANAFI

No comments:

Post a Comment