Wednesday, September 22, 2010

PERKUBURAN YAHHUDI

Selama saya duduk 3 bulan di sini baru saya tahu terdapat kubur yahudi di sini. Terkejut la jugak selepas diberitahu oleh En. Wan. Jadi kami telah diberi tugas melihat kubur tersebut...Ini la pintu depan perkuburan tersebut. Seram jugak la melihat tanah perkuburan ini....

Apabila kami masuk kedalam kami agak terkejut dengan cara perkuburan yang unik...
Ini merupakan kali pertama saya melihat perkuburan yahudi.....


Antara gambar-gambar kubur yahudi ini...


mereka seperti menanam keranda yang dibuat daripada simen di atas tanah....

Apa yang saya tahu saiz kubur yaudi ini mengikut umur si mati.
Kebanyakkan kubur yang terdapat di sini adalah kubur orang dewasa yang telah lama ditinggalkan...














Salah satu kubur yang terdapat disana.......














Pelik tapi benar itu la kubur yahudi yang terdapat di penang... mungkin ada dikalangan kita ini dari keturunan yahudi siapa tahu.....

MONUMENT...

Ini merupakan monument saya...

Seperti yang kita lihat ia mempunyai gambar anak panah di atas. Ia bermaksud dalam dunia ini penuh denh kitaran hidup dan saya percaya pada kitaran hidup. Ia seperti rantai makanan la..... Yang hidup akan mati dan lahir la generasi baru untuk memimpin dunia.....

Bentuk 3 bulatan itu merupak konsep 3P yang En. Wan cakapkan.... saya percaya dan saya rasa itu amat penting dalam melakukkan sesuatu....

Monumen saya boleh menjadi tempat simpan barang ketika banjir berlaku. Ia juga mampu terapung seperti rakit dan dapat menyelamatkan kita daripada banjir tersebut. Selain itu, ia dapat menahan air yang deras....

Saya rasa monument saya ini dapat diterima ole semua orang...

LOOKING FORWARD

Looking forward. Banyak yang ingin saya perkatakan kaluau mengenai ini. Secara general dah saya nak tempuhi segala liku-liku kehidupan di USM ini bersama rakan-rakan dan enjoy. Bagi saya rakan merupakan yang terpenting dalam mencapai kejayaan atau sesuatu. So saya betul-betul nak berjaya sebagai seorang building surveyor dan dalam masa yang sama nak melihat rakan-rakan saya semua berjaya dalam bidang masing-masing. Itu dah cukup mengembirakkan saya. Selain itu saya nak melihat ibubapa saya bangga dengan saya bukan itu saja saya nak lihat semua orang bangga dengan saya.

Saya jugak berharap saya dapat berbakti kepada negara. Satu impian saya iaitu ingin membantu dalam memajukan negara kita setaraf dengan negara-negara lain di dunia. Jadi saya dengan penuh semangat ingin mecari seberapa banyak ilmu di USM ini....

Selain itu, dalam kesibukkan kami disini kami dapt enjoy bersama-sama dan melakar kenangan manis. Hal ini kerana kenangan manis ini akan dapat diingati sampai bila-bila..

LOOKING BACK.....

Pejam celik-pejam celik sudah habis Mid Sem saya disini sebagai students HBP. Allhamdulillah, setakat ini saya masih boleh hidup dengan budaya HBP. Memang pada mulanya saya amat sukar nak biasakan dengan kehidupan di universiti dan keidupan di HBP. Terutama sekali masa kelas studio. Saya masih ingat hari pertama masuk ke sini, kelas pertama ialah studio. Hari pertama saya jumpa En. Wan dan terus rasa macam tak mampu untuk berfikiran jauh macam En.Wan. Dengan berpegangan pada azam yang kuat dan harapa yang tinggi dari ibubapa saya, saya cuba biasa kan untuk berfikiran macam En. Wan selalu. HBP penuh dengan kehebatan. Tidak cukup dengan itu, IR. Najib pun apa kurangnya. Beliau cuba untuk mengajar kami dengan berpandukan pada segala pengalaman dan pengetahuan beliau. Segala assingment yang diberi oleh beliau betul-betul menguji kesabaran kami dan mengasah kemahiran kami dalam lukisan. Bukan itu saja, apabila kami berada didalam keadaan yang tidak bermaya atau hilang semangat Dr. Ilyas datang menghulurkan bantuan. Beliau telah memberi motivasi yang mendalam pada kami. Sedar tak sedar banyak jugak kebolehan studiomaster-studiomaster kami.

Selepas lebih kurang 3 bulan kami di HBP ini pelbagai ujian yang telah diberikan kepada kami. Antaranya ialah BST, black box, mask, youth jam dan sebagainya. Penat la jugak. Tetapi bila kami fikir kan balik semua assingment yang telah diberikan kepada kami ini mendidik kami supaya biasa dengan kerja yang banyak. Selain itu, studiommaster memberikan assingment yang pelik-pelik ini adalah untuk membantu kami yang merupak student baru dalam bidang HBP. Antara banyak-banyak assingment yang diberi saya paling suke dengan youth jam. Bagi saya youth jam adalah sesuatu yang paling seronok yang pernah dibuat sepanjang 3 bulan dengan studio. Di youth jam tu kami dapat melakukan kerja luar dan bercampur dengan masyarakat penang. Bermula dari youth jam itu la kami semua warga HBP semakin rapat tidak kira lelaki dan perempuan. So, secara tidak langsung kami dapt lebih mesra antara satu sama lain. Bukan antara kami saja, malah antara student dengan studiomaster jugak. Dulu susah nak faham studiomaster kami dan saya rasa ssaya dah boleh rasa keseronokkan studio dan studiomaster. hopefully akan ada lagi perkara yang seronok untuk dibuat bersama rakan-rakan yang lain dan studiomaster. Studio terbaik....

Setelah pelbagai perkara kami tempuh bersama saya rasa kami dah makin rapat. Kami dah boleh ketawa bersama. Ia menyeronokkan. Saya rasa bertuah dapat masuk ke HBP ini dan saya berharap selepas masuk next sem or years hubungan kami tidak musnah. Hal ini kerana bagi saya is fun to know many people. Kita boleh lihat pelbagai ragam dan cara. Dalam masa kami berseronok tidak lupa jugak harapan yang diberikan oleh ibubapa kami. Kami akan bermara bersama-sama untuk mencapai yang terbaik untuk kami. Akhir sekali saya nak ckp sekali lagi


STUDIO MENYERONOKKAN DAN MENARIK.........................

Sunday, September 19, 2010

FIRST CLASS AFTER RAYA

Yes hari ini studio pertama lepas raya...........


Masuk je kelas hari ini terihat la wajah-wajah ceria suasana hari raya di semua muka student HBP. Wah bermacam-macam cerita dengar. Ada pasal lemang, kuih raya, dodol, rendang malah ada yang minta duit raya. Banyak betul cerita sehinggakan En. Wan masuk kelas pun tidak sedar. Macam biasa En. Wan penuh dengan kejutan. Hari ini En. Wan datang ke kelas dengan gigi yang bengkak. Dia cakap makan banyak sangat. Hahahahaha kesian....


Pada awal kelas En. Wan telah show satu video tentang 2012 supaya kami faham lebih lanjut pasal ini. Hari ini kami bincangkan tentang group survival. Selepas lihat video itu, En. Wan serahkan kelas kepada Prof. Dr. Mastura untuk memberi ceramah tentang Group Survival. Tidak banyak slide Dr. Mastura. Dr.Mastura menceritakan tentang leadership, how to make the group discussion more successful and survive dan banyak lagi. apa yang saya dapat adalah untuk menjadi ketua yang bagus kita perlu pernah dipimpin sebelum memimpin. Anak buah mesti la mengikut kata-kata ketua dan mengetahui kerja-kerja mereka. Bagi saya yang palin penting dalam group ialah percaya dan displin. Selepas itu, kelas berehat 10 minit.....


Selepas rehat, En. Wan telah memberi ruang kepada Dr. Ilyas untuk memberi tahu sesuatu. Dr. Ilyas memberitahu tentang kematian seorang senior kami. Dia berasa sedih kerana dia menziarahi keluarga senior kami dan dia melihat bahawa senior kami itu datang dari keluarga yang miskin dan die sedih apabila di dalam kelas tadi ada student perempuan yang bercakap dibelakang sedangkan En. Wan bercakap di depan. Die ckp seperti mereka kufur nikmat kerana berpeluang berada di USM tapi di kelas mereka bercakap di dalam kelas.


Di akhir kelas macam biasa assingment. Kali ini ada 3 part. part 1 mengenai Looking Back. Kami diminta mengimbas kembali midsem kami yang lepas dan menceritakan perkembangan kami di HBP, dan macam-macam. Part 2 ialah Looking Forward. Part 2 ialah tentang masa depan kami dan tugu yang bakal kami buat untuk menghargai kami. Part 3 ialah tentang apa yanag kami tinggalkna di bumi ini.... wah banyak kan.... hahahaha....... semua ini perlu diletakkan di blok sebelum khamis 12.00 a.m.




Thursday, September 9, 2010

ASSINGMENT RAYA

Raya sudah menjelma setelah sebulan berpuasa akhirnya raya datang...
Raya-raya jugak tapi assingment pun ada....
Kali ini kami diminta untuk mengkaji hasil penyelidikan yang sebelum ini dan menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan di IBU....

Jadi saya telah memilih AirWarn Intelligent Air Pollution Warning System.....

Saya telah menginovasikan AirWarn yang sedia ada supaya mudah digunakan di dalam IBU

AIRWARN.....

AIRWARN ini mempunyai 3 kipas untuk menmbaca tahap udara di dalam IBU....

Jadi ia akan menghasilkan 3 bacaan dan purata keseluruhan digunakan....

AIRWARN ini jugak mudah dilekatkan dan ringan......






Kedudukan AIRWARN di dalam IBU.....


AIRWARN ini boleh digunakan di IBU dan PONDOK.....

Bagi PONDOK, setiap bacaan yang diambil akan dihantar ke IBU.....

Udara didalam IBU atau PONDOK akan sentiasa diperiksa setiap 1 jam......

Ini adalah untuk memastikan udara di dalam PONDOK dan IBU sentiasa bersih dan selamat untuk semua orang semasa tragedi banjir melanda.....

Udara yang bersih amat penting kepada kita dan makanan yang disimpan.......

Wednesday, September 8, 2010

PROJECT BLACK BOX 2

Pergh selepas penat membuat black box yang pertama kami telah diarahkan untuk membuat semula.....

Mula-mula marah la jugak tapi seronok juga membuat black box itu semula kerana kami dah terbiasa membuat assingment yang banyak jadi kami dah lali dengan kerja yang banyak.....

Black box yang baru ini perlu la senang dibawa dan ringan untuk diterbangkan bersama belon kami....

Selepas solat terakwih saya mula membuat kerja saya......

Akhirnya black box saya siap selepas subur.....

Penat tapi berbaloi....

Sunday, August 15, 2010

PROJECT 3C : 6 BALLOON BLACK BAMBOO BOX

Minggu baru sudah tiba tugasan baru pun tiba..... kali ini kami diminta untuk membuat satu box untuk menyimpan 6 belon......
6 belon itu akan dilepaskan pada hari sambutan kemerdekaan nanti....
Jadi, box kami hendaklah mudah dibawa dan mudah untuk melepaskan belon-belon tersebut......
Selain itu box kami mestilah dibuat daripada buluh dan kertas terpakai....
Bagi saya sendiri, project kali ini merupakan project yang paling banyak saya keluarkan bajet......


Jadi ini merupakan project saya...........




proses menyiapkan my box.....

















project saya.......














view daripada atas.....

PROJECT 3B: BLACK BOX

Selepas menghantar project 3A, terus kami diberi project 3B, Black Box....
mula-mula kami diminta melukis seberapa banyak black box dalam buku sketch kami.....
kemudian memilih yang terbaik dan mewarna black box kami dalam saiz A3......
Terdapat pelbagai bentuk yang saya hasilkan dalam sketch book saya....

Akhirnya saya telah memilih yang terbaik antara semua lukisan saya...




PROJECT 3A THE CASKET 4 ME

Minggu ni tugasan kami begitu unik dan lain dari yang lain....
Kami diminta untuk melukiskan keranda untuk diri sendiri......
Woooo........ sungguh unik tugasan kami....
bukan itu saja, kami diminta melukiskan 4 gambar.....
Gambar pertama keranda kami, gambar kedua kami berada di dalam keranda tersebut, gambar 3 ialah gambar keranda kami diangkat oleh 6 orang manakala gambar yang terakhir ialah gambar keranda kami dibuat daripada buluh.....
buluh lagi ye....


ni la keranda saya.........


DOT AND LINE

Selepas project topeng kami, kami telah menerima 1 tugasan daripada AR. Najib....
Beliau meminta kami melukis 2 gambar yang berkaitan HBP......
1 gambar mesti la menggunakan konsep dot manakala 1 lagi menggunakan konsep line.....
setelah menyelidik dengan lama kawasan sekitar HBP saya telah memilih 2 gambar tersebut.....

Gambar dot......

















Gambar line......



Friday, July 30, 2010

PROJECT 2C : THE MASK

Hahahahaha......
project baru sudah tiba.... kali ini kami diminta untuk mencipta 2 topeng.....
topeng pertama mesti la serupa dengan muka dan warna muka kami.....
manakala topeng kedua kami bertemakan emotion dan warnanya mesti la hitam putih....
pada mulanya terkejut juagak la saya dan kawan-kawan..... ye la dulu-dulu je buat topeng ni....
jadi selepas kelas tamat kami terus mencari barang-barang di Tesco Extra....
selepas selesai membeli barang bermula la kerja kami....
kami menggunakan kertas surat khabar terpakai....
proses membuat topeng memang penat tapi seronok...
selepas selesai topeng pertama, tiba masa kami membuat topeng kedua yang bertemakan emotion...pelbagai emosi kami cipta...
ada yang sedih, terkejut, ganas, dan blur2....
hahahahaha......
berikut adalah beberapa gambar kami.....



Membantu kawan......





Tibanye giliran saya.....


Tepung yang digunakan sebagai gam....






Peralatan lain......









Proses menyiapkan topeng.....















PRODUK-PRODUK YANG ADA........

Thursday, July 29, 2010

Project 2B : Man made structure

Tidak selesai pasal buluh lagi.....
kali ini kami diminta untuk membuat satu alat muzik daripada buluh yang kami cari....
yang merumitkan keadaan adalah pada minggu ini itu juga kami mempunyai minggu suai kenal GETTHO bersama-sama senior-senior......
jadi terpaksa la kami berjaga malam untuk menyiapkan projek kami ini.....
pada malam penutup GETTHO kami diminta mengadakan persembahan menggunakan buluh tersebut....
jadi saya dan rakan-rakan bersemangat menyiapkannya..........



Jadi kami ada membuat rakaman semula show kami...........



BAMBOO SENSE


Kali ini kami bukan diberi assingment tapi tugasan di mana kami dipertontonkan beberapa gambar bekas dari pelbagai arah....
Kemudian kami diberi arahan untuk menulis apa yang kami lihat, bau dan dengar daripada gamabr itu oleh Mr.Rusly........
hanaya 1 perkataan sahaja yang dibenarkan....

PROJECT 2A- NATURAL STRUCTURE ; BAMBOO

Assingment kali ini berdasarkan alam sekitar dan ianya tertumpu pada buluh.....
Kami di minta untuk masuk ke dalam hutan untuk mencari buluh.....
Selepas menemui buluh itu, kami di minta untuk melukis 6 lukisan buluh dan menghasilkan sebuah cerita berdasarkan lukisan kami itu......
5 lukisan dalam bentuk hitam & putih dan yang terakhir berwarna....
Kami diminta bergerak dalam kumpulan dan 1 kumpulan mempunyai 6 orang ahli.....
Kumpulan kami adalah yang paling susah untuk mencari buluh....
kami terpaksa ke tempat yang tinggi berbanding kumpulan kami.....
Malah ada kawan kami yang dikejar oleh anjing.....
pelbagai dugaan yang kami tempuh dan akhirnya jumpa juga pohon buluh lalu menyiapkan kerja kami

Tuesday, July 13, 2010

What I heard?

Pada 12/7/2010 bermulanya kelas studio pertama saya sebagai pelajar tahun 1 HBP. Oleh kerana kelas itu merupakan kelas pertama, jadi satu taklimat tentang studio telah diberikan oleh Encik Wan Baharuddin (WanB). Encik WanB telah menerangkan tujuan studio iaitu untuk mengupayakan pelajar APEX USM dalam masa 14 minggu,membina dan menghalusi kemahiran yang akan kami gunakan dalam pembangunan alam bina.Encik WanB juga ada menerangkan bahawa studio ini membimbing kami untuk mendapatkan kemahiran mendokumentasi, berkomunikasi, mereka bentuk, membina dan mengabdikan diri untuk kesejahteraan manusia, ekosistem dan persekitaran akan dibuat transdisiplin untuk membuat lompatan ke 2012. Selepas itu, beliau memperkenalkan beberapa studiomaster yang berada di E48B. Antaranya ialah Dr.Mazran Ismail,Dr.Sri.Said,Dr.Mohd.Zailan Sulieman,Dr.Mohd Najib dan Dr. Mohd.Hanizul Hanafi. Disamping itu, En.WanB menerangkan bahawa untuk menghasilkan produk yang bagus mesti mempunyai niat yang kuat kemudian diiringi dengan tindakan. Niat itu pulak bergantung pada pelajar atau diri sendiri. Tindakan yang diambil mesti berpandukan undang-undang dan tempat. Seperti contoh yang telah diberikan oleh En.WanB jiikalau dalam FIFA orang yang terlibat adalah pemain bola, undang-undang FIFA dan tempatnya di stadium. Jadi baru dapat produk yang lumayan. Sistem ini dinamakan sistem 3P(people,place,principle) dan sistem ini merupakan asas APEX universiti. Jadi itu yang saya dengar sepanjang 9am- 11am













Antara studio master yg dikenalkan....:



EN.WAN BAHARUDDIN

DR. ZAINAL

DR.NAJIB DR HANAFI