Yes hari ini studio pertama lepas raya...........
Masuk je kelas hari ini terihat la wajah-wajah ceria suasana hari raya di semua muka student HBP. Wah bermacam-macam cerita dengar. Ada pasal lemang, kuih raya, dodol, rendang malah ada yang minta duit raya. Banyak betul cerita sehinggakan En. Wan masuk kelas pun tidak sedar. Macam biasa En. Wan penuh dengan kejutan. Hari ini En. Wan datang ke kelas dengan gigi yang bengkak. Dia cakap makan banyak sangat. Hahahahaha kesian....
Pada awal kelas En. Wan telah show satu video tentang 2012 supaya kami faham lebih lanjut pasal ini. Hari ini kami bincangkan tentang group survival. Selepas lihat video itu, En. Wan serahkan kelas kepada Prof. Dr. Mastura untuk memberi ceramah tentang Group Survival. Tidak banyak slide Dr. Mastura. Dr.Mastura menceritakan tentang leadership, how to make the group discussion more successful and survive dan banyak lagi. apa yang saya dapat adalah untuk menjadi ketua yang bagus kita perlu pernah dipimpin sebelum memimpin. Anak buah mesti la mengikut kata-kata ketua dan mengetahui kerja-kerja mereka. Bagi saya yang palin penting dalam group ialah percaya dan displin. Selepas itu, kelas berehat 10 minit.....
Selepas rehat, En. Wan telah memberi ruang kepada Dr. Ilyas untuk memberi tahu sesuatu. Dr. Ilyas memberitahu tentang kematian seorang senior kami. Dia berasa sedih kerana dia menziarahi keluarga senior kami dan dia melihat bahawa senior kami itu datang dari keluarga yang miskin dan die sedih apabila di dalam kelas tadi ada student perempuan yang bercakap dibelakang sedangkan En. Wan bercakap di depan. Die ckp seperti mereka kufur nikmat kerana berpeluang berada di USM tapi di kelas mereka bercakap di dalam kelas.
Di akhir kelas macam biasa assingment. Kali ini ada 3 part. part 1 mengenai Looking Back. Kami diminta mengimbas kembali midsem kami yang lepas dan menceritakan perkembangan kami di HBP, dan macam-macam. Part 2 ialah Looking Forward. Part 2 ialah tentang masa depan kami dan tugu yang bakal kami buat untuk menghargai kami. Part 3 ialah tentang apa yanag kami tinggalkna di bumi ini.... wah banyak kan.... hahahaha....... semua ini perlu diletakkan di blok sebelum khamis 12.00 a.m.
No comments:
Post a Comment